Wednesday, February 8, 2012

WAWA PENGGANTI AZRAAI

Hahhh....setelah lama aku tak menulis kat blog ni, bukanlah ada kelapangan sangat cuma nak releasekan tension sat...Hahhhh...nak cerita pasal Wawa ni sikit..dia ni asal-asalnya diambil untuk membantu Unit Pentadbiran, tapi kebetulan partner aku pun dah blah aku request minta dia tolong unit aku..Budak ni oklah, rajin cepat belajar...tp bila dah byk sgt yg masuk ke dia....lama2 pun dia jadi blur...hehehehe....

Friday, June 19, 2009

Gambar Sewaktu Dalam darjah 1J (1982)

Tuesday, June 16, 2009

CHEVROLET....model 19XX??



Inilah kereta yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Padang Bandar Hilir, Melaka.Tapi tak pastilah pulak Chevrolet model apa dan tahun berapa dikeluarkan. Kalau ada info berkenaan kereta ni bolehlah dikongsi bersama.

BANDAR MELAKA



Kedua-dua bangunan ini hanya terdapat di Melaka saja.Pergilah cari kat tempat lain kalau ada, tapi aku pasti 100% memang tak ada kat tempat lain.Gambar yang sebelah atas tu pergilah cari kat Portugal tak akan jumpa punya.Kalau Christiano Ronaldo tengok A'Famosa ni tentu dia tak nak balik negeri dia lagi.Silap-silap offer diri main untuk Liga-M. Mana la tahukan, keajaiban terjadi.Aku rasa dia pun tak pernah tengok bangunan peninggalan moyang dia.Yang kat sebelah kanan tu adalah Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

HANG TUAH ??


Inikah rupanya Hang Tuah zaman moden.Tapi kalau tengok tahap ketegapan dan kesasaannya memang layaklah digelar Hang Tuah.Tapi hang Tuah ni tak pakai keris dan tak ada senjata.Keja dia cuma bawa orang dan melindungi orang yang berada di dalamnya.

HASIL SENI UKIRAN BALI



Salah satu keunikan semasa meloncong ke Bali adalah hasil seni mereka. Hasil seni yang terdiri daripada ukiran kayu, lukisan mahupun ketukangan emas/perak adalah sangat halus.Sesetengah orang melihat hasil seni sebegini sesuatu benda yang menggairahkan, tapi bagi aku yang dapat melihat secara live hasil ukiran mereka memang respect le dgn kebolehan mereka. Aku rasa kalau mereka berada di Malaysia mungkin dah jadi kaya raya.Jika ada yang berhajat untuk ke Bali jgn lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik seperti pusat kraftangan, lukisan, ketukangan dan lain-lain hasil seni.

Monday, June 15, 2009

MELANCONG KE BALI - 1/8/2008


Hari pertama sampai ke Bali. rombongan kami terus ke Tanah Lot selepas menikmati makan tengahari yang agak lewat sekitar pukul 2.30 ptg.Sampai di Tanah Lot sekitar pukul 5.00 ptg, dan scenery nya sangat cantik apabila melihat matahari terbenam.Disini terdapat jurugambar yg boleh dikira professional dgn peralatan yg agak basic, dan dapat dilihat juga berbagai-bagai cara orang tempatan mencari makan. Antaranya menjual poskad dan cenderahati dgn harga yang berbeza-beza.Nasib koranglah kalau bayar dengan harga mahal..hahahaha.Nasib baik aku tak terkena.